Tuesday, 27 September 2011

KeYbOard CoMpuTer PuNYa MoTiVaSi !!!

Cuba Anda perhati keyboard komputer Anda. Bagi yang memakai laptop, cuba tengok keyboard laptop Anda. Tekan A, keluar huruf A, besor atau kecik.
Motivasi kita camtu juga. Motivasi dalam badan kita ni ada macam-macam jenis. Terpulang pada kita nak pakai yang mana satu, nak kasi gegar yang mana satu. Butangnya ada macam-macam jenis. Ada motivasi dari cinta, motivasi dari keluarga, motivasi kewangan, motivasi kerana mahu memajukan diri atau motivasi kerana mahu jadi orang kaya.
Macam keyboard laptop. Kunci pada motivasi tahap tinggi adalah EMOSI.
Bila kita nak jadikan diri kita orang yang sentiasa bersemangat, kita mesti tau key mana yang perlu ditekan, butang mana yang hujung jari kita kena kasi ON.
Emosi kita perlu sesuaikan dengan keadaan. Kita tak boleh kawal situasi. Tapi, kita boleh kawal emosi. Caranya, kita petik key yang sesuai.
Macam nak menaip perkataan untuk membentuk ayat. Anda tekan key yang betul di keyboard komputer, maka ejaan perkataan yang Anda nak taip akan jadi betul, faham kita tatkala nak membacanya.
Bila tertekan key yang salah, perkataan yang terbentuk juga jadi salah lalu ayatnya pun jadi salah. Bila kita  baca, macam ada yang sumbang.
Booster motivasi dalam badan kita ni, bila kita petik dengan cara yang salah, atau kita tekan butang yang salah, kesannya juga akan jadi salah, tak macam yang kita mahu. Jadi, kena tahu petik butang yang betul, key yang betul supaya kesannya jadi betul.

No comments:

Post a Comment