Tuesday, 27 September 2011

KiTa AdA PiLiHaN (",) !!!


Dalam sesetengah situasi, kita berdepan dengan cabaran (permasalahan) yang tak diduga dan diluar kawalan kita. Misalnya, masalah kewangan, masalah dengan pihak-pihak tertentu dan masalah perhubungan.

Apa yang boleh kita buat dalam situasi sebegini?
Tindakan kita bergantung sepenuhnya pada keputusan kita dan matlamat kita. Kita ada pilihan sama ada nak stay terus dalam masalah atau keluar dari masalah. Berusaha, memang kita kena buat.
Tapi untuk ada semangat nak terus berusaha, kita kena tahu apa yang kita mahu. Kemudian, kita kena tetap dengan kemahuan itu dan tidak mengubahnya selagi ia masih belum di capai.
Untuk mendapat apa yang kita mahu, kita kena fokus pada proses terlebih dahulu. Bila kita fokus pada proses, apa yang kita mahu tetap akan muncul, tetap akan berjaya dicapai. Yang penting sekarang, kita fokus pada proses.
Fokus pada proses memerlukan Anda berfikiran positif 100% sepanjang masa untuk tak berhenti berusaha, terus kuat berusaha dan bangkit dari kegagalan yang melanda. Tidak semua usaha kita membuahkan hasil, namun ia membuat kita tahu apa yang salah. Kegagalan dari mencapai sesuatu membuat kita belajar apa yang kita tak tahu.
Lama-kelamaan, bila Anda melalui langkah yang diterangkan di atas, Anda boleh mencapai apa yang Anda mahu, mendapat apa yang Anda mahu dan menjadi jenis orang yang Anda mahu. Ia disimpulkan sebagai:
Set keputusan dan matlamat -> Tahu apa yang Anda mahu -> Fokus pada proses -> Terus berusaha walaupun pernah gagal (atau banyak kali gagal) ->  Maintain konsisten dalam berusaha -> Berjaya mendapat apa yang Anda mahu!
Ingat pada langkah awal. Anda kena set matlamat. Anda kena buat keputusan, apa yang Anda nak.
Kemudian, Anda mesti kenal pasti apa yang Anda mahu dan apa yang lebih penting bagi Anda. Bila 3 perkara itu sudah berjaya dipenuhi, yang lain akan mengikut secara automatik. Dalam Islam, ia dipanggil nawaitu. Kaji apa niat Anda untuk melakukannya, untuk apa dan untuk siapa.

No comments:

Post a Comment